Aug 16, 2014

Gambar Pelajar UITM Puncak Alam Maut Terjatuh Tingkat 4

Gambar Pelajar UITM Puncak Alam Maut Terjatuh Tingkat 4 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya akan berkongsi satu berita yang baru saja terjadi semalam. Ini berkaitan dengan seorang pelajar UITM Puncak Alam telah maut akibat terjatuh dari tingkat 4.

Gambar Mohd Ilyas Saifullah Bin Md Azhari pelajar UITM Puncak Alam maut terjatuh tingkat 4 bangunan Asrama. Insiden dipercayai telah berlaku pada jam 8.20 malam 15 Ogos 2014 apabila mangsa yang dilaporkan telah tertinggal kunci rumah dan cuba untuk memanjat ikut tingkap sebelum mangsa tergelincir dari Tingkat 4 bangunan terbabit. Mangsa yang merupakan seorang pelajar Asasi Sains UITM Puncak Alam meninggal dunia serta merta akibat pendarahan yang teruk dibahagian kepala. Berita mengenai insiden tersebut turut disahkan menerusi laman sosial Twitter Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UITM Shah Alam.







EmoticonEmoticon