Luqman Hakim

Berkongsi Info berkaitan dengan Isu Semasa,Sukan, Senarai Gadget Baru, Lagu Baru 2016, Gosip Artis Malaysia, Doa dan Ayat Ruqyah.

Adnan Sempit Sawadikap Full Movie

Adnan Sempit Sawadikap Full Movie | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya untuk mencari informasi berkaitan dengan filem terbaru 2014 iaitu filem Adnan Sempit Sawadikap Full Movie. Di sini saya akan kongsikan serba sedikit informasi berkaitan dengan Filem Adnan Sempit Sawadikap.



Filem siri Adnan Sempit kini kembali beraksi dengan pengambaraan di Bangkok Thailand. Filem ini akan berada di pawagam mulai 7 Ogos 2014. Filem ini telah dikelaskan dalam genre Komedi dan aksi. Pengarah yang bertanggungjawap mengarah Filem ini adalah Ismail Bob Hasim. Antara pelakon yang menjayakan babak serta aksi dalam Filem Adnan Sempit Sawadikap adalah Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham, Yana Samsudin dan ramai lagi . Filem ini terbitan Metrowealth.


SINOPSIS ADNAN SEMPIT SAWADIKAP

Adnan, Bobby, Nadia dan Wawa pergi Melancong dan urusan perniagaan di Bangkok dalam masa yang singkat. Malangnya, Nadia dan Wawa telah kehilangan pasport mereka. Oleh itu, hanya Adnan dan Bobby perlu pergi ke Bangkok bersama-sama dengan bayi Adnan. 

Apabila selamat tiba di Bangkok, keadaan menjadi huru hara apabila mereka kehilangan bayi setelah cuai menjaga bayi di lapangan terbang. Mereka menyangka bahawa bayi itu diculik untuk sindiket penyeludupan kanak-kanak. Mereka mula mencari di sekitar bandar dan terserempak dengan NOK, seorang wanita Thai yang membawa bayi kelihatan begitu mencurigakan. Adnan yakin Nok telah membawa bayi mereka dan mula mengejarnya. Malangnya Adnan mendapati bahawa ia bukan anaknya. Di manakah anak mereka? Saksikan di pawagam berdekatan anda
Share this article :
+
0 Komentar untuk "Adnan Sempit Sawadikap Full Movie"

 
Copyright © 2015 Luqman Hakim - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia