Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu informasi tentang Borang Permohonan UPU untuk sesi Akademik 2015/2016 . Kepada semua calon lepasan spm 2014 yang ingin meneruskan pembelajaran ke peringkat universiti atau politeknik di sini saya kongsikan Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online.

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online


Borang permohonan untuk kemasukan ke UPU atau IPTA untuk sesi Akademik 2015/ 2016 secara online. Sukacitanya dimaklumkan bahawa anda semua boleh buat permohonan ke IPTA sesi 2015/ 2016 yang  akan dibuka mulai 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015. Oleh itu, pembelian nombor unik ID boleh dibeli menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh permohonan dibuka iaitu mulai 19 Januari 2015. Permohonan UPU sesi 2015/ 2016 terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online


Cara Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online

Permohonan ke IPTA 2015/ 2016 mewajibkan calon untuk membeli nombor pin unik ID UPU di bank BSN mulai 19 Januari 2015.

Syarat Program UPU Lepasan SPM dan Setaraf
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Syarat Program UPU Lepasan STPM dan Setaraf
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2014 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2014; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2014 atau 2013; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Tarikh Tutup Permohonan UPU 2015/ 2016
  • 6 April 2015
Semakan keputusan UPU 2015/ 2016
  • Mei 2015


Comments

Popular posts from this blog

PANDUAN SOLAT HAJAT DENGAN BETUL

Dapatkan Contoh Soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 Dan A29 2017

Wow Saya dapat 2K dari pihak NUFFNANG