Dec 19, 2014

Kadar Dividen Serta Bonus ASB Tahun 2014

Kadar Dividen Serta Bonus ASB Tahun 2014 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya. Di sini saya ingin berkongsikan informasi berkaitan dengan kadar dividen ASB bagi tahun 2014. Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapakan kadar dividen yang akan diberikan kepada pelanggan ASB untuk tahun 2014. Jom baca selajutnya tentang Kadar Dividen Serta Bonus ASB Tahun 2014 di bawah.

Seperti yang anda sedia maklum bahawa hari ini Pihak Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, telahpun mengumumkan kadar dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun berakhir 2014.

Kadar Dividen Serta Bonus ASB Tahun 2014


Untuk pengagihan dividen dan bonus kepada semua pemegang saham ASB, semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat, pejabat dan ejen ASNB akan ditangguhkan pada 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015, bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan semasa. Berikut adalah kadar dividen dan bonus ASB untuk tahun berakhir 2014.

Kadar Dividen Dan Bonus ASB Tahun 2014

Kadar Dividen ASB 2014 = 7.50 sen seunit
Bonus ASB 2014 = 1.00 sen seunit
# Jumlah Dividen + Bonus 2014 = 8.50 sen seunit
Jumlah keseluruahn Dividen ASB dan Bonus ASB bagi tahun 2014 telah menampakkan sedikit penurunan berbanding tahun 2013 iaitu sebanyak 8.70 sen seunit. Urus niaga ASNB akan kembali seperti biasa bermula 2 Januari 2015. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan mulai 2 Januari 2015, manakala penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai hujung Februari 2015.



EmoticonEmoticon