Feb 12, 2011

Sapa nk tau Ngorat Awek saya ada Ilmu tunduk perempuan

“KEBANYAKAN pengkid memiliki ilmu untuk menundukkan perempuan kerana tanpanya, usaha memikat tidak akan berjalan lancar.
“Untuk itu, mereka sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan ilmu berkenaan jika sudah terlalu sayang kepada pasangan masing-masing,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek.

Mohamed Hanafiah berkata, fenomena pengkid berkenaan bukanlah sesuatu yang baru untuk dibincangkan tetapi sejak akhir-akhir ini pengaruhnya semakin berleluasa.
Tidak seperti lesbian atau tomboi, pengkid adalah budaya baru yang seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat Melayu hari ini.

Katanya, wanita pengkid sememangnya tidak meminati atau diminati lelaki dan naluri mereka lebih terarah kepada golongan mereka sendiri.

“Memang tidak dapat dinafikan pengkid memang pandai menjaga hati dan amat memahami perasaan wanita kerana azalinya, mereka adalah golongan yang sama.

“Disebabkan itu, mereka mudah diminati golongan wanita terutama yang mungkin sebelum ini pernah terbabit dalam kekecewaan atau mengalami kisah lampau membabitkan lelaki yang dipercayai,” katanya.

Menurut Mohamed Hanafiah, pihaknya pernah menguruskan kes seorang remaja berusia awal 20-an yang terjebak dalam perhubungan dengan pengkid tidak lama dulu.


Remaja itu berasal dari sebuah kampung di Negeri Sembilan dan berkenalan dengan pengkid berkenaan di sebuah pasar raya di ibu kota secara tidak sengaja.

Lama-kelamaan, hubungan yang mulanya sekadar kakak serta adik angkat itu bertukar mesra dan apabila remaja berkenaan berpindah ke ibu negara untuk mencari pekerjaan, lalu mereka tinggal bersama.

“Apabila tinggal serumah, tahu sajalah bagaimana gaya hidup mereka, tidak ubah seperti pasangan suami isteri yang lain.

“Pengkid berkenaan memang menjaga sepenuhnya remaja itu sehingga ke tahap membiayai segala keperluannya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mohamed Hanafiah, perhubungan itu berantakan apabila remaja berkenaan mahu berubah selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mahu mengambilnya sebagai isteri yang sah.

Sebaik saja mendapat tahu berita berkenaan, pengkid berkenaan mula naik hantu kerana cemburu hingga sanggup bertindak memukul kekasihnya.

“Remaja berkenaan tidak tahan diperlakukan sedemikian dan meminta bantuan kami selepas mendapat tahu mengenai Sidim daripada media.

“Kami memberikannya kaunseling selama hampir enam bulan dan sepanjang tempoh itu, dia memutuskan hubungan dengan pengkid berkenaan.

“Alhamdulillah, remaja berkenaan kini sudah kembali ke pangkal jalan dan dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelaki barunya tidak lama lagi,” katanya.

Selain itu, berdasarkan pengalamannya bersama Sidim serta syarikatnya yang menguruskan program motivasi, Al Iman Motivation & Training, pengkid banyak berlaku di kalangan anak sulung yang menerima didikan keras daripada ibu bapa masing-masing sejak kecil.

Katanya, didikan negatif itu menyebabkan anak berkenaan apabila dewasa cenderung memiliki perwatakan seperti lelaki dan melindungi wanita seperti mana mereka melindungi adik kandung mereka sendiri.

“Daripada bersifat pelindung, mereka kemudian beralih kepada penjaga atau peneman yang setia.

“Golongan berkenaan mempunyai sifat pelindung terlampau terutama untuk pasangan hingga wujudnya perasaan kasih dan sayang,” katanya.

Mohamed Hanafiah turut menasihati remaja yang berkawan dengan golongan berkenaan supaya jangan sesekali meluahkan masalah yang dihadapi kepada mereka.

Ramai pengkid mengaku kepadanya bahawa antara salah satu taktik untuk mengurat wanita adalah dengan menjadi tempat mengadu serta pendengar yang setia.

Katanya, pengkid biasanya akan mengambil peluang ketika seseorang wanita itu sedang mengalami kekecewaan dan sebaiknya, jangan sesekali mengeluarkan air mata di depan mereka.

“Pengkid memang diakui pandai menakluki dan menjaga hati golongan sejenisnya kerana mereka adalah perempuan.

“Mereka menawan hati dengan menjadi pendengar masalah yang setia selain sentiasa menyokong tindakan yang dilakukan pasangan.

“Untuk itu, elakkan meluahkan perasaan atau menangis di depan mereka kerana ia dapat mendorongnya bertindak sebagai pelindung yang tidak diundang,” katanya.

Dia turut mengakui golongan itu sememangnya pantang dicabar dan berani melakukan apa saja termasuk merampas isteri orang.

Selain mudah membelanjakan pasangannya dengan pelbagai hadiah yang mengaburi mata si kekasih, golongan pengkid juga dikatakan mempunyai banyak wang.

Jelas Mohamed Hanafiah, kebanyakan pengkid mempunyai duit yang banyak tetapi ia bukan suatu yang menghairankan kerana ada di kalangan mereka yang sanggup melakukan aktiviti jenayah semata-mata ingin mendapatkan wang lebih.

Pesannya kepada remaja dan wanita di luar sana, berhati-hatilah dengan golongan berkenaan kerana selain gay, pengkid adalah masalah sosial yang amat sukar untuk dipulihkan.

“Memang diakui penyakit sosial itu sukar untuk diubati melainkan ia terbit daripada kerelaan hati mereka sendiri.

“Namun, daripada pemerhatian kami, golongan berkenaan boleh berubah sekiranya menemui lelaki yang lebih kuat (emosi) serta lebih penyayang daripada mereka.

“Ia mungkin agak mustahil kerana kebanyakan lelaki hari ini mudah berasa rendah diri dan lemah untuk mencuba,” katanya.



Antara kes membabitkan pengkid yang pernah dilaporkan media:

  • 2 Februari, 2011
    Seorang pengarah syarikat berusia 30-an sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu selain menghabiskan wang dan harta lebih RM500,000 kepada seorang pengkid sedangkan dia masih isteri orang dan mempunyai tiga anak kecil.

    Wanita yang dikenali sebagai Julia itu mendakwa layanan pengkid dikenali sebagai Az, 40-an, berasal dari utara tanah air itu membuatkan dia leka dan berasa disayangi lebih daripada kasih sayang dicurahkan suaminya.

  • 26 Oktober 2010
    Sepasang suami isteri terpaksa ‘terbang’ ratusan kilometer dari Melaka ke Kuching, Sarawak, selepas mendapat tahu anak gadis mereka berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 23 hari dikatakan sedang bercuti di bandar itu bersama gurunya yang dipercayai seorang pengkid.

    Suami isteri terbabit mendakwa membuat keputusan untuk ke Kuching sebaik mendapat tahu anak mereka, yang menghilangkan diri sejak 8 Oktober 2010, dipercayai berada bersama guru wanita berusia 24 tahun itu.

  • 2 Oktober 2010
    Seorang wanita dipercayai pengkid berusia lewat 20-an naik hantu sebelum membelasah seorang wanita menggunakan botol sos di sebuah restoran di Bandar Baru Sentul.

    Difahamkan, wanita berkenaan yang cemburu hilang kawalan selepas terserempak kekasihnya sedang menjamu selera bersama mangsa yang juga wanita tidak dikenalinya.

    Akibat amukan itu, mangsa berusia awal 20-an mengalami kecederaan pada kepala dan difahamkan menerima kira-kira 10 jahitan akibat luka yang serius.

  • 14 Julai 14, 2010
    Cemburu kerana menyangkakan pasangan pengkidnya curang, seorang wanita cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya di sebuah flet di Lembah Jaya, Ampang.

    Bagaimanapun, dia terselamat apabila sempat menghantar sistem pesanan ringkas bergambar (MMS) kepada teman wanitanya itu yang sebenarnya ditahan pihak penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

  • 11 Jun 2010
    Hanya kerana mahu mencari anak gadisnya yang hilang dilarikan kekasih sejenis, sepasang suami isteri sanggup menjual semua harta dan barang kemas semata-mata untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur.

    Anak gadis pasangan terbabit melarikan diri dari rumah mereka di Semporna, Sabah, sejak 15 April 2010.

  • 13 Februari 2010
    Ketagih cinta sejenis, seorang guru wanita dikatakan sanggup menghabiskan wang hampir RM100,000 sejak tiga tahun lalu semata-mata untuk membeli jiwa seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Cheras.

    Lebih menyedihkan, guru terbabit yang berang kerana cubaannya memikat pelajar itu diketahui bapa gadis berkenaan sanggup menghantar SMS memaki-hamun lelaki itu selain mengugut supaya tidak melaporkan perbuatannya kepada pihak sekolah.

  • 14 November 14, 2009
    Cemburu buta seorang pengkid membuatkan dia sanggup mengurung teman wanitanya seharian dan mengugut mencederakan ‘kekasihnya’ itu jika mangsa melarikan diri di sebuah rumah di Hatta Square, Jalan Pandan Mewah, Pandan Indah.

    Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun itu akhirnya ditahan polis selepas seorang rakan menyedari mangsa menghadapi masalah kerana tidak datang bertugas dan gagal menghubunginya.

  • 29 Julai 2009
    Terdesak mendapatkan wang, sekumpulan pengkid yang berlagak samseng dikesan menjadikan kawasan sebuah surau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk memeras ugut murid sekolah rendah.

    Difahamkan, kumpulan dianggotai tiga pengkid terbabit meminta wang daripada murid yang melalui kawasan surau berkenaan sebelum mengugut akan mencederakan mereka jika enggan menyerahkan wang.

    Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila seorang murid tahun enam sebuah sekolah di sini membuat laporan polis, selepas diugut pengkid terbabit sejak dua bulan lalu.
  • 10 Add Comment

    baru je baca pasal benda ni kat paper tadi :)

    owh...asl lambat...hehe sye dri semalam lgi..huhu

    takot ekk..??
    wak pa nk tkut...jgn layan dieorang dah la..n jgn kwn..jgok

    berani keterlaluan pengkid2 sekarang ni

    sikap pengkid sekarang mengalahkan lelaki,huhu

    mmg...nape pon perempuan nk jadi laki mesti power beb..hehe..!!tq coz sidu komen


    EmoticonEmoticon