Gaddafi tawar serah kuasa SERANGAN udara jet kerajaan terhadap kedudukan penentang Gaddafi di bandar Ras Lanuf menyebabkan pemberontak lari mencari tempat perlindungan. Pemberontak tolak syarat beri kekebalan, jamin aset pemimpin Libya selamat TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, menawarkan untuk meletak jawatan selepas 41 tahun berkuasa tetapi ia segera ditolak penentang selepas tawaran itu memberi syarat pemimpin berkenaan tidak didakwa dan asetnya tidak dirampas selain diberi wang tunai, lapor Al Jazeera. Pemerintah kuku besi itu dikatakan mencadangkan satu mesyuarat dengan Parlimen Libya untuk bersetuju tempoh peralihan kuasa memberi laluan kepadanya meletak jawatan. Tetapi, beliau juga memberi syarat mengambil langkah itu termasuk kekebalan daripada pendakwaan jenayah dan wangnya dijamin selamat. Berikutan itu, Majlis Sementara pemberontak berpusat di bandar timur Benghazi menolak tawaran itu kerana jalan keluar itu mungkin menyinggung perasaan mangsa kekejaman Gaddafi....