Oct 22, 2013

Perkahwinan dan Pernikahan Pelakon Diana Amir pada 25 Oktober 2013

Perkahwinan dan Pernikahan Pelakon Diana Amir pada 25 Oktober 2013 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya untuk membaca informasi berkaitan dengan seorang artis ini di mana beliau akan melangsungkan perkahwinannya pada 25 oktober 2013. Pelakon yang saya maksudkan itu ialah Diana Amir  dengan Mohd Habibbullah A Rahman .

Diana Amir pada majlis sidang media pengumuman tarikh pernikahannya di pejabat Metrowealth International Group (MIG) mengesahkan akan melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat 25 Oktober ini
Menurut Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, pernikahan itu bakal berlangsung pada pukul 9 malam di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya

gambar terkini diana amir pelakon diana amir nikah 25 oktober 2013

Mengenai bakal suami Diana, adalah seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah, iaitu Mohd Habibbullah A Rahman
Pasangan ini terdahulunya telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu
Difahamkan mereka masih belum memilih tarikh sesuai untuk mengadakan resepsi bagi kedua-dua belah pihak

tunang diana amir pelakon diana amir nikah 25 oktober 2013


EmoticonEmoticon