Oct 22, 2013

PERNIKAHAN DIANA AMIR DAN HABIB PADA 25 OKTOBER 2013

Pengumuman pernikahan itu dibuat Diana Amir di pejabat Metrowealth International Group (MIG) pada petang Jumaat lalu. Diana dan tunangnya, seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Habib mengesahkan akan bernikah pada 25 Oktober 2013 ini. Selain itu, Diana juga berterima kasih kepada pihak MIG yang sentiasa menyokong dan membantunya dari awal kemunculannya sehingga kini.
Kalau sebelum ini kecoh dengan kontroversi pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Kali ini seorang lagi artis naungan Metrowealth International Group (MIG) bakal melangsungkan pernikahan. Bezanya kali ini, pernikahan Diana Amir dan tunangnya Mohd Habibbullah A Rahman, 26, direstui MIG dan pihak MIG akan membantu melaksanakan detik bersejarah berkenaan.
diana amir bertudung
“Alhamdulillah saya mendapat sokongan penuh daripada pihak pengurusan untuk pengumuman majlis pernikahan saya. Pengurusan yang banyak membantu untuk menjayakan majlis ijab kabul saya. Walaupun jadual saya yang padat, pihak pengurusan berusaha memastikan saya menyempurnakan pernikahan saya pada tahun ini,” katanya dipetik dari Sinar Harian.
Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkata, majlis akad nikahnya akan berlangsung di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam. Diana memilih konsep Crystal Garden. Jelasnya dia mahu majlis pernikahan itu berlangsung mengikut  cara Islam dengan turut mendapatkan bantuan  beberapa ustaz dari persatuan Usrah Fitrah yang disertainya. Menurut Diana , majlis pernikahannya itu juga akan diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan dia dan bakal suami.
diana amir habib bertunang
“Saya tak mahu ia dilihat kebaratan . Saya mahu tonjolkan konsep Islam sebenar dalam sesebuah acara pernikahan. Saya tidak mahu meminta lebih kepada suami contohnya untuk dulang hantaran beg berjenama, kasut mahal dan sebagainya, cukup sekadar senaskhah al-Quran, mas kahwin dan cincin pernikahan kami. Buat masa ini, saya masih lagi meneruskan persiapan akhir, walaupun pernikahan hanya tinggal seminggu saja lagi, Insya-ALLAH, segalanya  akan dipermudahkan,” katanya yang  enggan mendedahkan lagi jumlah wang wang hantaran yang bakal diterima.
Dalam pada itu, majlis pernikahan Diana turut mendapat beberapa tajaan dari kenalannya. Antara yang terlibat ialah pereka fesyen Ezuwan Ismail, Fatimah Shaari Creation, Saiful Sin, Yakult, Shutterplace,  Samsultahir, Lea Henna Artist, dan Sri Gading Catering.
p/s: Tahniah dan Alhamdulillah…

Penulis Hakim Mahmud


EmoticonEmoticon