Oct 22, 2013

Semakan keputusan biasiswa JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Semakan keputusan biasiswa JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua yang sudi datang ke blog saya di sini saya ingin berkongsi dengan anda informasi berkaitan dengan Semakan keputusan biasiswa JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara .


Keputusan permohonan penajaan (biasiswa) JPA di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2013 dijangka hanya akan diumumkan pada 15 November 2013 demikian menurut Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (esila) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Terdahulu capaian permohonan dalam talian telah dibuka kepada calon warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013  dan mendapat surat tawaran bagi melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2013/2014 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Mengenai semakan keputusan permohonan, pautan (link) aplikasi sistem semakan dalam talian (online) akan dikemaskini dalam ruangan ini sebaik sahaja ia dikeluarkan dan diumumkan secara rasmi nanti.

Difahamkan juga, calon yang berjaya dalam permohonan akan menerima surat tawaran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti masing-masing

Sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal esila di pautan http://esilav2.jpa.gov.my

Penulis Hakim Mahmud 


EmoticonEmoticon