Sep 23, 2014

Borang Permohonan Matrikulasi 2015

Borang Permohonan Matrikulasi 2015 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Di sini saya ingin kongsikan informasi kepada calon-calon spm 2014 di mana ramai yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti universiti,politeknik serta ke Matrikulasi 2015 (KPM). Berikut adalah info tentang Borang Permohonan Matrikulasi 2015.

Melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana telah mengeluarkan  borang permohonan ke matrikulasi untuk kemasukan sesi 2015/2016 boleh diisi.Anda semua boleh membuat pemohon bermula pada 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014.

Borang Permohonan Matrikulasi 2015


Sebelum mengisi borang permohonan untuk kemasukan ke Matrikulasi sesi 2015/2016 para pemohon dikehendaki supaya membaca panduan manual melalui internet untuk mengisi borang permohonan melalui internet di SINI dan panduan mengisi borang di SINI. Bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan kesalahan semasa mengisi borang permohonan kemasukan Matrikulasi.

Borang Permohonan Matrikulasi Sesi 2015 / 2016 KPM

untuk mengisi borang permohonan, pemohon boleh ke laman web seperti di bawah:-

http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm

Borang Permohonan Matrikulasi 2015


Contoh paparan borang permohonan Matrikulasi 2015/2016

* Pemohon harus mendapatkan no PIN terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran sebelum membuat permohonan.
* Sila pastikan semua butiran diisi dengan betul sebelum proses penghantaran.

Semakan Permohonan Matrikulasi Sesi 2015 / 2016 KPM

Untuk membuat semakan sama ada permohonan anda telah berjaya dihantar dan disimpan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, pemohon boleh pergi ke http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/semak.cfm untuk membuat semakan.



EmoticonEmoticon