Harga Proton Iriz
Model Baru 2014 Terkini | Di mana Syarikat
kereta nasional iaitu Proton Holdings Bhd. (Proton) bakal melancarkan sebuah
kereta model terbaharu milik Proton jenis Compact Car (PCC) juga dikenali
dengan nama Proton Iriz 2014.
Difahamkan Harga Proton Iriz adalah model
kompak terbaharu milik Proton bagi menggantikan kereta Savvy dan sasaran
objektif pengeluarannya adalah menjadi pencetus perubahan tanggapan pengguna
terhadap Proton Holding.
Sebelum ini, maklumat awal dan beberapa foto
tertiris di internet berkaitan model yang dibangunkan dengan kod P2-30A, GSC
(Global Small Car) ini mendapat perhatian oleh pengguna kereta
buatan tempatan.
Malah ada yang mengganggap model terbaru itu
bakal menjadi melonjakkan ke arah perubahan positif Proton sama ada dari aspek
kualiti, keselamatan serta peningkatan jualan Proton Iriz yang dijangka akan dipadankan
dengan enjin 1.3 liter dan 1.6 liter VVT serta rekaan “sedap mata memandang”
besertakan komponen berkualiti, bakal menyaingi pesaingnya di pasaran Negara.
Terima kasih Sebab sudi masuk blog saya . Ditulis oleh Lonelystarz sumber gambar dari Google
EmoticonEmoticon