Nov 2, 2014

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2015

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2015 |Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya semata-mata untuk mencari informasi tentang cara untuk membuat permohonan untuk kemasukan ke kolej vokasional dan sekolah teknik pada tahun 2015.Informasi ini saya tulis khas untuk mereka iaitu para pelajar lepasan PT3 2014 yang ingin menceburi pembelajaran dalam bahagian kemahiran.

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2015


Seperti diketahui umum, borang permohonan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2015 secara online. Menerusi portal rasmi Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan untuk ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi pengambilan 2015 akan dibuka mulai 3 November hingga 14 Disember 2014. Berikut adalah cara permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik ambilan 2015 bagi calon lepasan PT3 2014.

Tarikh Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2015

Talian untuk membuat Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2015 akan dibuka mulai 3 November hingga 14 Disember 2014. Pengumuman itu telah pun dibuat secara rasmi menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Borang Permohonan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2015

Sila layari http://www.moe.gov.my/ atau http://www.bptv.edu.my/ mulai 3 November hingga 14 Disember 2014.

Syarat Umum Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2015 :


  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berada di Tingkatan 3 pada tahun 2014
  • Telah menduduki Petaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014.
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Tarikh Tutup Permohonan


14 Disember 2014

Terima Kasih dari Lonelystarz


EmoticonEmoticon