Dec 10, 2014

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2014 | 2015

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2014 | 2015  | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Di sini saya ingin berkongsi satu informasi kepada semua pelajar di Matrikulasi PSPM 2014/2015. Di sini saya akan kongsikan bagaimana cara untuk anda membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2014/2015.

Cara untuk buat Semakan keputusan atau result peperiksaan Matrikulasi PSPM 2014/ 2015 secara online.Di sini  Sukacitanya dimaklumkan bahawa mulai 10 Disember 2014, calon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I dan III boleh menyemak keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) secara online seperti berikut.

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2014 | 2015


Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2014/ 2015 Online
Sila layari http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam mulai 10 Disember 2014 pukul 12.00 tengah hari atau menerusi Kolej Matrikulasi masing-masing.

Semakan Result Exam PSPM 2014/ 2015 Yang Terlibat Adalah:
  • PSPM Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester 1
  • PSPM Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester 2 dan 3
Syarat Kelayakan Meneruskan pengajian

A. Calon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester 1

1. Pelajar mendapat keputusan semester 1 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 2.
2. Pelajar jurusan sains (Modul I,II,III) yang memperoleh keputusan semester 1 GPA 2.0 dan kebawah pada semester 1 akan diberikan status gagal dan meneruskan pengajian ke semester 2 Program Dua Tahun.
3. Pelajar jurusan sains, teknikal dan perakaunan yang mendapat keputusan semester 1 dibawah GPA 2.0 akan diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.
4. Pelajar repeat (mengulang) yang memperoleh GPA 2.0 kebawah diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.

B. Calon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester 1

1. Pelajar mendapat keputusan semester 1 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 2.
2. Pelajar memperoleh keputusan semester 1 GPA 1.5 < 2.0 dan gagal kali pertama akan meneruskan pengajian ke semester 2.
3. Pelajar yang mendapat keputusan semester 1 dibawah GPA 1.5 akan diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.

C. Calon Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester 3

1. Pelajar mendapat keputusan semester 3 GPA 2.0 dan keatas akan meneruskan pengajian ke Semester 4.
2. Pelajar memperoleh keputusan semester 3 GPA 1.5 < 2.0 dan gagal kali pertama akan meneruskan pengajian ke semester 4.
3. Pelajar yang mendapat keputusan semester 3 dibawah GPA 1.5 diberikan status gagal dan diberhentikan pengajian.


Terima kasih .. Hakim Mahmud @ Google


EmoticonEmoticon